Thursday, 10 August 2017

PENGALAMAN PERTAMA MELAHIRKAN ANAK

😫Tiada yang terindah selain pengalaman mengandung selain berkahwin dan mempunyai keluarga bahagia. Aku sebagai seorang wanita menanti saat mendapat zuriat sendiri akhirnya dikabulkan oleh nya.

Pengalaman melahirkan anak secara 'forcep delivery' amatlah memberi pengalaman besar buatku. Tatkala melihat wajah anakku terus hilang segala rasa sakit. Syukur alhamdulillah kini anak sulungku telah berusia 8 tahun.

3 bulan pertama barulah aku disahkan mengandung. Setiap kali lewat period (dari bulan pertama bergelar isteri) setiap kali itu lah aku membeli pregnancy test. Tetapi dari setiap kali negatif aku kecewa. Setiap kali period aku kecewa. Akhirnye bulan ketiga apabila aku disahkan hamil oleh doctor (sebelum tu aku dh check sendiri hehe) aku rasa seperti nak menjerit. 

Mungkin aku tidak seperti orang-orang lain yang mengalami 'morning sickness' sehingga saat hampir habis tempoh mengandung.Walaupun setiap hari muntah berkali-kali tapi aku tetap gembira melalui detik-detik indah sebagai seorang ibu.

Muntah atas motor pernah, muntah bertakung dalam mulut dan akhirnye terkeluar jatuh ke lantai, tepi kereta, dalam kereta apa yang tak pernah aku rasa. Hadoi la anak mama...Alhamdulillah suamiku sentiasa sabar melayan kerenah aku.

Hari beerganti hati aku berangan nak lahirkan anak pada 31 Ogos 2009 (konon nak anak jadi anak merdeka) tapi nak juga dia keluar 1 September 2009.. Takpalah syg, asalkan awak selamat dan sempurna tubuh badan ya. 

Aku mula rasa contraction pukul 1a.m (1.9.2009) dan berlarutan ke 4a.m (Aku sepatutnye dijangka bersalin pada 28 Ogos tapi sehingga tarikh tersebut belum ada tanda-tanda untuk bersalin, aku redha).Aku tak sampai hati nak kejutkan suami aku, aku bercadang untuk bertahan sehingga bangun sahur (bulan puasa waktu ni). Setelah itu, aku tunggu suami selesai makan baru la aku beritahu padanya. Apa lagi bising la ibu mertua aku suruh pergi hospital. Tanda aku bukan keluar air ketuban tetapi keluar darah bercampur lendir dan sakitnya sekejap-sekejap sahaja.

Aku pun pergi ke Kajang Plaza Medical Center (KPMC Kajang di mana memang aku buka buku untuk bersalin di sini dari mula check up). Ditahan dalam bilik biasa sambil letak mesin (x ingat nama nya mungkin HTG ke HSG) untuk check denyutan jantung baby. Setelah bukaan 10cm aku diusung ke labour room untuk melahirkan. Sebelum itu satu cecair dimasukkan ke dalam saluran pembuangan untuk membuang untuk memudahkan proses bersalin (mungkin untuk mengelak najis keluar sekali semasa meneran).

Mula-mula, normal aku tak lepas sebab x pandai meneran.Doctor melakukan kaedah vacuum pun x lepas, akhirnya aku melahirkan baby secara 'forcep delivery'. Doktor cakap kalau forcep pun aku tak lepas aku perlu menjalani proses kelahiran secara operation. Suami mula risau (aku tak pasti risaukan aku atau takut kena bayar lebih hihi)..tapi alhamdulilah lahir lah anakku secara forcep delivery cuma jahitannya agak banyak kerana banyak koyakan..Tak apalah asalkan aku dan anak kami selamat.. Ini lah orang nya yang bertudung pink.. Moga kamu menjadi anak yang soleh wahai anak sulungku Zares Delisha.. Mama akan bentuk kakak untuk menjadi contoh yang baik pada adik-adik..❤❤❤ Insyallah..(picture dah besar, picture masa baby dlm CD kena cari balik).


Aku akan sambung part two lepas ni memandangkan ada kerja nak buat..

No comments:

Post a Comment