Salam...seperti yang aku janjikan, 'part two' ini akan aku sambung pengalaman kedua melahirkan puteri keduaku yang aku nama kan ZARES ADDELYA..
Seperti anak sulung, aku memang mengalami 'morning sickness' teruk sampai masuk bulan ke 9 tapi tidak lah sampai kena tahan di hospital.. Aku pasrah kerana aku gembira untuk timang anak keduaku..Masuk bulan ke 7 kandunganku, aku mengalami alahan kegatalan yang teruk pada sebahagian tubuh badan daripada dada hingga betis.
Pantang di'garok' habisla berparut ( aku sangka kan takkan hilang, tp alhamdulilllah hilang lepas pantang tanpa parut! Alhamdulillah). Paling tak tahan bahagian perut. Ibu mertua aku cakap jangan garu dengan kuku, kalau nak garu guna sikat..nanti parut jadi kekal..hodoh.hehe ikut jela..dia lagi makan garam daripada kita ye idokkkk.
Aku pendekkan cerita, pengalaman melahirkan si adik kurasakan sgt luar biasa kerana aku rasa teramat-amat sakit tidak seperti melahirkan kakaknya sebab kakak nya dulu memang 'time' lah kan..kali ini aku kena 'induce' dalam 3 botol air juga la sampai aku rasa nak beranak sendiri sebab dah terlalu sakit..tp 'nurse' cakap kena tungu juga bukaan 10cm.. ya Allah sabau jela..
Sampai masa melahirkan, aku kena vacuum juga sebab dah terlalu lama 'push' secara normal tak juga lepas.. tak mengapalah asalkan anakku selamat dan sihat.
Aku sangkakan gatal-gatal yang aku alami akan hilang sebab mak mertua aku cakap kalau tali pusat tanggal maka hilanglah gatal-gatal itu tapi tak punnnnnn. Puas la pakai losyen, sapu gel itu ini suami aku beli pun menjadi.. sedihnya aku.Suami aku lah yang banyak sabarkan aku. Yelah, melihatkan parut pun dah risau (mulalah aku pikir bukan-bukan pasal suami aku, cari lain apela..ya Allah berdosanya aku pikir begitu pada nya..Maafkan ayg ye suami) .Tapi insyallah aku yakin padanya.Tapi mujur sesorang bibik ni memang 'pure' Indonesia pandai urut..Aku sangat berterima kasih padanya, dengan izin Allah dan selalu mandi air kunyit dan daun mengkudu selama 3 hari memang hilang gatal-gatal pada badanku..
Nasihat aku pada sesiapa yang ada mengalami kejadian seperti aku, aku nasihatkan jangan sesekali biarkan diri berpeluh..biar diri dalam keadaan kering supaya kegatalan tersebut kurang. Mandi air suam.
Kini anak aku sudah pun berusia 6 tahun..Ada keletah yang buat aku marah dan gembira. Ini lah warna warni kehidupan mama..
Ni 'picture' masa 3 bulan dan 6 tahun.Bulat je dari kecik sampai besar.Aik suka makan kakak pulak kurang.. Takpelah sayang, asalkan sihat dan makan ikut 'time' itu je..
Dan sehingga kini, saat aku merancang untuk tambah anak ketiga, aku masih belum dikurniakan rezeki..Minta Allah memakbulkan doaku untuk menimang cahaya mata ketigaku memandangkan umur aku pun semakin meningkat.Kakak dan adik pun asyik tanya je. Bukan mama taknak syg, Allah belum beri. Kita perlu percaya pada qadak dan qadar dari Allah. Mesti ada sebab belum diberi oleh-Nya.
Momma's for two....
Sensitive...Happy go lucky...Like cooking...Love my family so much!
Tuesday, 12 September 2017
Thursday, 10 August 2017
PENGALAMAN PERTAMA MELAHIRKAN ANAK
😫Tiada yang terindah selain pengalaman mengandung selain berkahwin dan mempunyai keluarga bahagia. Aku sebagai seorang wanita menanti saat mendapat zuriat sendiri akhirnya dikabulkan oleh nya.
Pengalaman melahirkan anak secara 'forcep delivery' amatlah memberi pengalaman besar buatku. Tatkala melihat wajah anakku terus hilang segala rasa sakit. Syukur alhamdulillah kini anak sulungku telah berusia 8 tahun.
3 bulan pertama barulah aku disahkan mengandung. Setiap kali lewat period (dari bulan pertama bergelar isteri) setiap kali itu lah aku membeli pregnancy test. Tetapi dari setiap kali negatif aku kecewa. Setiap kali period aku kecewa. Akhirnye bulan ketiga apabila aku disahkan hamil oleh doctor (sebelum tu aku dh check sendiri hehe) aku rasa seperti nak menjerit.
Mungkin aku tidak seperti orang-orang lain yang mengalami 'morning sickness' sehingga saat hampir habis tempoh mengandung.Walaupun setiap hari muntah berkali-kali tapi aku tetap gembira melalui detik-detik indah sebagai seorang ibu.
Muntah atas motor pernah, muntah bertakung dalam mulut dan akhirnye terkeluar jatuh ke lantai, tepi kereta, dalam kereta apa yang tak pernah aku rasa. Hadoi la anak mama...Alhamdulillah suamiku sentiasa sabar melayan kerenah aku.
Hari beerganti hati aku berangan nak lahirkan anak pada 31 Ogos 2009 (konon nak anak jadi anak merdeka) tapi nak juga dia keluar 1 September 2009.. Takpalah syg, asalkan awak selamat dan sempurna tubuh badan ya.
Aku mula rasa contraction pukul 1a.m (1.9.2009) dan berlarutan ke 4a.m (Aku sepatutnye dijangka bersalin pada 28 Ogos tapi sehingga tarikh tersebut belum ada tanda-tanda untuk bersalin, aku redha).Aku tak sampai hati nak kejutkan suami aku, aku bercadang untuk bertahan sehingga bangun sahur (bulan puasa waktu ni). Setelah itu, aku tunggu suami selesai makan baru la aku beritahu padanya. Apa lagi bising la ibu mertua aku suruh pergi hospital. Tanda aku bukan keluar air ketuban tetapi keluar darah bercampur lendir dan sakitnya sekejap-sekejap sahaja.
Aku pun pergi ke Kajang Plaza Medical Center (KPMC Kajang di mana memang aku buka buku untuk bersalin di sini dari mula check up). Ditahan dalam bilik biasa sambil letak mesin (x ingat nama nya mungkin HTG ke HSG) untuk check denyutan jantung baby. Setelah bukaan 10cm aku diusung ke labour room untuk melahirkan. Sebelum itu satu cecair dimasukkan ke dalam saluran pembuangan untuk membuang untuk memudahkan proses bersalin (mungkin untuk mengelak najis keluar sekali semasa meneran).
Mula-mula, normal aku tak lepas sebab x pandai meneran.Doctor melakukan kaedah vacuum pun x lepas, akhirnya aku melahirkan baby secara 'forcep delivery'. Doktor cakap kalau forcep pun aku tak lepas aku perlu menjalani proses kelahiran secara operation. Suami mula risau (aku tak pasti risaukan aku atau takut kena bayar lebih hihi)..tapi alhamdulilah lahir lah anakku secara forcep delivery cuma jahitannya agak banyak kerana banyak koyakan..Tak apalah asalkan aku dan anak kami selamat.. Ini lah orang nya yang bertudung pink.. Moga kamu menjadi anak yang soleh wahai anak sulungku Zares Delisha.. Mama akan bentuk kakak untuk menjadi contoh yang baik pada adik-adik..❤❤❤ Insyallah..(picture dah besar, picture masa baby dlm CD kena cari balik).
Aku akan sambung part two lepas ni memandangkan ada kerja nak buat..
Subscribe to:
Comments (Atom)